VENDOR FIESTA HOMEBAKERS
RM100.00
Kehabisan stok
Bersempena menjelangnya Ramadan dan Raya, Fiesta Homebakers MW, menghimpun para baker dalam acara meriah dan julung kalinya dianjurkan Mingguan Wanita ini dengan tema Usha-usah Biskut Raya.
Keutamaan mempromosi dan menjual biskut/cookies raya. Fiesta adalah usaha membantu pengusaha kecil wanita industri makanan menambah pendapatan tambahan. Berlangsung sehari yang mana pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis biskut secara percuma dengan kupon fiesta atau boleh menempah dan membeli mengikut cita rasa.
Kenapa perlu join fiesta?
- Menyertai komuniti bakers
- Booth berniaga di fiesta
- Peluang menang booth tercantik
- Peluang menang sebagai vendor paling aktif mempromosikan fiesta
- Peluang link akaun Instagram anda dimasukkan dalam artikel Mingguan Wanita
- Sijil penyertaan
Syarat Penyertaan :
- Bersetuju menyediakan minimum 200 keping/unit produk sampling untuk diberikan kepada pengunjung.
- Biskut sampling perlu dibalut/bungkus dalam plastik untuk jamin kebersihan.
- Yuran penyertaan RM100
- Peserta akan disediakan petak niaga dengan sebuah meja 1 meter X 1 meter + 1 buah kerusi
- Tidak dibenarkan membatalkan penyertaan.
- Sistem kupon akan dilaksanakan bagi memastikan pengunjung dapat merasa sample makanan di vendor berlainan dalam setiap kunjungan.
- 1 kupon untuk satu produk sampling sahaja
- Tiada sistem booking. Siapa cepat dia dapat.
- Bunting tidak dibenarkan namun begitu, vendor boleh edarkan flyers kepada pengunjung.
- Perlu kerap mempromosikan booth di akaun media sosial masing-masing dengan hashtag : #fiestahomebakersmingguanwanitacsr
- Perlu berada di lot niaga sepanjang masa dari jam 10 pagi – 10 malam
- Menjaga kebersihan lot niaga. Tiada sebarang sampah dibiarkan di atas lantai.
- Memaparkan harga produk jualan. Menyusun atur produk dengan kemas.
- Vendor dan seorang pembantu mengenakan pakaian serba hitam.
- Menggunakan apron & topi yang diberikan penaja (2 apron + 2 topi PERCUMA)
- Vendor dan pembantu mengenakan pakaian serba hitam .
- Sentiasa memakai pelitup muka (facemask)
- Urusetia tidak terlibat dalam urusan jual beli sepanjang fiesta.
- Pendaftaran ditutup pada 1 Mac 2023
Reviews
There are no reviews yet.