WEBINAR BANGKIT WANITA: BUAT PART TIME BISNES AISKRIM JANA INCOME RM5K!

RM0.00

Tak perlu sewa premis pun boleh jana pendapatan! Modal, komitmen dan risiko rendah. Satu permulaan yang baik. Ini lah plan B yang sepatutnya anda pilih.

Out of stock

SKU: MWBLAWBW022021 Categories: , Tag: Anjuran:

Pandemik C19 ternyata jejaskan pendapatan ramai wanita. Gaji dipotong, cuti tanpa gaji dan hilang pekerjaan atau ada ketua keluarga yang tidak lagi dapat bekerja. Keadaan semakin sukar dan memburuk. Komitmen bertambah, justeru strategi perlu diubah. Jangan tunggu terlalu lama untuk bertindak. Sebenarnya, masih ada jalan keluar dari kemelut ini. Dalam kesempitan sekarang, ini lah masanya memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Tak perlu sewa premis pun boleh jana pendapatan! Modal, komitmen dan risiko rendah. Satu permulaan yang baik. Ini lah plan B yang sepatutnya anda pilih.

 

Melalui Webinar Bangkit Wanita ini anda akan tahu banyak perkara tentang memula dan menguruskan perniagaan dari rumah, antaranya;

 

  • Mengenali perniagaan yang ingin diusahakan dengan lebih dekat sebagai pengenalan awal.
  • Mencedok sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman memulakan bisnes daripada mereka yang berpengalaman. Pengalaman mereka itu adalah ilmu berharga. Ia dapat membantu anda tidak melakukan kesilapan serupa kelak.
  • Mengetahui tip dan trik selok belok perniagaan kecil-kecilan ini.
  • Didedahkan dengan kemahiran yang diperlukan bagi kelancaran operasi perniagaan.
  • Ilmu pengurusan perniagaan lebih tersusun kemas dengan strategi yang betul.

 

Bagaimana memasarkan produk atau servis perniagaan turut dijelaskan Webinar yang dirangka khusus ini dianjurkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua dan wanita khasnya. Ini adalah sebagai satu tanda sokonghan moral kami kepada semua wanita yang terjejas di waktu pandemik.

 

Untuk kursus ini dapatkan tip-tip padu daripada Chef Afiq Datuk Rusly yang terbukti menjadi. Buat dari rumah pun boleh cetak duit!

 

  • Tarikh: 19 Mac 2021
  • Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
  • Platform:Virtual FB LIve Mingguan Wanita

 

NOTA PENTING:
Urusetia akan menghantar email notifikasi Link Webinar dua hari (2) sebelum webinar bermula. Sila pastikan anda terima email daripada kami berdasarkan webinar yang dipilih.
Sebarang pertanyaan pendaftaran sila hubungi : +603-5101 7388 (ext. 3726)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “WEBINAR BANGKIT WANITA: BUAT PART TIME BISNES AISKRIM JANA INCOME RM5K!”

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

This site uses User Verification plugin to reduce spam. See how your comment data is processed.

Questions and answers of the customers