WEBINAR BANGKIT WANITA: PADU…JANA INCOME BISNES TUDUNG TANPA KEDAI
RM0.00
Tak perlu sewa premis pun boleh jana pendapatan! Modal, komitmen dan risiko rendah. Satu permulaan yang baik. Ini lah plan B yang sepatutnya anda pilih.
Kehabisan stok
Pandemik C19 ternyata jejaskan pendapatan ramai wanita. Gaji dipotong, cuti tanpa gaji dan hilang pekerjaan atau ada ketua keluarga yang tidak lagi dapat bekerja. Keadaan semakin sukar dan memburuk. Komitmen bertambah, justeru strategi perlu diubah. Jangan tunggu terlalu lama untuk bertindak. Sebenarnya, masih ada jalan keluar dari kemelut ini. Dalam kesempitan sekarang, ini lah masanya memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Tak perlu sewa premis pun boleh jana pendapatan! Modal, komitmen dan risiko rendah. Satu permulaan yang baik. Ini lah plan B yang sepatutnya anda pilih.
Melalui Webinar Bangkit Wanita ini anda akan tahu banyak perkara tentang memula dan menguruskan perniagaan dari rumah, antaranya;
- Mengenali perniagaan yang ingin diusahakan dengan lebih dekat sebagai pengenalan awal.
- Mencedok sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman memulakan bisnes daripada mereka yang berpengalaman. Pengalaman mereka itu adalah ilmu berharga. Ia dapat membantu anda tidak melakukan kesilapan serupa kelak.
- Mengetahui tip dan trik selok belok perniagaan kecil-kecilan ini.
- Didedahkan dengan kemahiran yang diperlukan bagi kelancaran operasi perniagaan.
- Ilmu pengurusan perniagaan lebih tersusun kemas dengan strategi yang betul.
- Bagaimana memasarkan produk atau servis perniagaan turut dijelaskan Webinar yang dirangka khusus ini dianjurkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua dan wanita khasnya. Ini adalah sebagai satu tanda sokonghan moral kami kepada semua wanita yang terjejas di waktu pandemik
Ketahui formula rahsia kejayaan Madihah Scarf buat bisnes tudung dari rumah. Tanpa modal besar sekalipun.
- Tarikh: 26 Mac 2021
- Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
- Platform: Virtual FB LIve Mingguan Wanita
NOTA PENTING:
Urusetia akan menghantar email notifikasi Link Webinar dua hari (2) sebelum webinar bermula. Sila pastikan anda terima email daripada kami berdasarkan webinar yang dipilih.
Sebarang pertanyaan pendaftaran sila hubungi : +603-5101 7388 (ext. 3726)
Reviews
There are no reviews yet.