WEBINAR BANGKIT WANITA: TAK SUSAH PUN BUAT DUIT KENCANG BISNES DI SHOPEE

RM0.00

Kursus pengenalan ini sesuai sangat bagi anda yang tidak ada produk sendiri dan ingin menjual produk pihak lain dengan membuka ‘kedai online’ milik sendiri di market place seperti Shopee. Nka tahu bagaimana nak mulakan, kena lah daftar ke kursus ini. Pakar akan membantu anda.

Out of stock

SKU: MWBLWBW052021 Categories: , Tag: Anjuran:

Keadaan semakin sukar dan memburuk. Komitmen bertambah, justeru strategi perlu diubah. Mingguan Wanita tidak mahu para wanita menunggu terlalu lama untuk bertindak.

Sebenarnya, masih ada jalan keluar dari kemelut ini. Dalam kesempitan sekarang, ini lah masanya memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah. Tak perlu sewa premis pun boleh jana pendapatan! Modal, komitmen dan risiko rendah. Satu permulaan yang baik. Ini lah plan B yang sepatutnya dipilih.

NAMUN! Sebelum melangkah jauh, pastikan ia dimulakan dengan menyertai kursus ini. Webinar Bangkit Wanita membantu anda faham lebih mendalam perniagaan yang ingin diusahakan. Apabila anda tiada pengalaman, jangan risikokan diri dengan teraba-raba dan tertanya-tanya adakah betul bisnes yang diusahakan itu.

Dapatkan dahulu maklumat, ilmu dan mengetahui pengalaman ahli yang telah berkecimpung lama dalam perniagaan kecil-kecilan dari rumah dan seterusnya melakar sukses. Melalui Webinar Bangkit Wanita ini anda akan tahu banyak perkara tentang memula dan menguruskan perniagaan dari rumah, antaranya;

  • Mengenali perniagaan yang ingin diusahakan dengan lebih dekat sebagai pengenalan awal.
  • Mencedok sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman memulakan bisnes daripada mereka yang berpengalaman. Pengalaman mereka itu adalah ilmu berharga. Ia dapat membantu anda tidak melakukan kesilapan serupa kelak. • Mengetahui tip dan trik selok belok perniagaan kecil-kecilan ini.
  • Didedahkan dengan kemahiran yang diperlukan bagi kelancaran operasi perniagaan..
  • Ilmu pengurusan perniagaan lebih tersusun kemas dengan strategi yang betul.
  • Bagaimana memasarkan produk atau servis perniagaan turut dijelaskan

 

Webinar yang dirangka khusus ini dianjurkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua dan wanita khasnya. Ini adalah sebagai satu tanda sokongan moral kami kepada semua wanita yang terjejas di waktu pandemik ini

Kursus pengenalan ini sesuai sangat bagi anda yang tidak ada produk sendiri dan ingin menjual produk pihak lain dengan membuka ‘kedai online’ milik sendiri di market place seperti Shopee. Nka tahu bagaimana nak mulakan, kena lah daftar ke kursus ini. Pakar akan membantu anda.

 

  • Tarikh: 8 April 2021
  • Masa: 3.00 petang – 4.00 petang
  • Platform: Virtual FB LIve Mingguan Wanita

 

NOTA PENTING:
Urusetia akan menghantar email notifikasi Link Webinar dua hari (2) sebelum webinar bermula. Sila pastikan anda terima email daripada kami berdasarkan webinar yang dipilih.
Sebarang pertanyaan pendaftaran sila hubungi : +603-5101 7388 (ext. 3726)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “WEBINAR BANGKIT WANITA: TAK SUSAH PUN BUAT DUIT KENCANG BISNES DI SHOPEE”

Your email address will not be published. Required fields are marked *


The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

This site uses User Verification plugin to reduce spam. See how your comment data is processed.

Questions and answers of the customers