Terma dah Syarat Pa&Ma e-Shop
- PESERTA: Acara lelong ini terbuka kepada semua penonton live Pa&Ma e-Shop.
- PEMENANG: Hanya pembida tertinggi yang diumumkan oleh pengacara Pa&Ma e-Shop Lelong akan memiliki barang yang sedang dilelong. Keputusan daripada pihak Pa&ma e-Shop adalah muktamad.
- PEMBAYARAN: Pihak Pa&Ma e-Shop akan menghubungi pemenang berserta dengan butiran bayaran. Pembayaran melalui Toko Ideaktiv sahaja yang akan diterima sebagai bayaran rasmi.
- TEMPOH BAYARAN: Tempoh untuk membuat pembayaran adalah selewat-lewatnya 1 hari (24 jam) dari tarikh dan masa pemenang dihubungi.
- PENGAMBILAN BARANG: Produk lelong perlulah diambil (pickup) di pejabat Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. yang beralamat di:
Kompleks Kumpulan Media Karangkraf,
Lot 2, Jalan Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15 40200 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi : Isnin – Jumaat (10pg – 5ptg)
- TEMPOH PENYIMPANAN: Had maksima penyimpanan barang ialah selama 1 BULAN SAHAJA. Hanya barang yang telah dibuat bayaran sahaja akan disimpan oleh pihak Pa&Ma e-Shop.
- BARANGAN TIDAK DITEBUS: Barang yang tidak dituntut selepas tempoh 1 bulan akan dilelong di dalam acara seterusnya dan wang TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
- CAJ PENGHANTARAN: Caj penghantaran akan dikenakan sekiranya pemenang ingin menggunakan khidmat penghantaran. Caj adalah bergantung kepada saiz dan berat barang tersebut.
- KEROSAKAN: Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab menggantikan barang yang rosak jika berlaku sesuatu yang tidak diingini semasa penghantaran melalui kiriman pos.
Reviews
There are no reviews yet.