Tuntutan & Pemulangan

Tuntutan & Pemulangan.

Dasar Pemulangan: Bayaran Balik dan Penggantian

1. Di mana saya boleh mendapatkan Borang Pemulangan?

Borang Pemulangan boleh didapati di sini.

2. Apakah polisi bayaran balik anda?

Semua pembayaran/pembelian adalah dianggap MUKTAMAD.  Permintaan pembayaran balik (refund) atas sebab menukar keputusan, tidak dapat hadir, telah melepasi tempoh penggunaan, tidak menepati jangkaan, barang rosak atau barang salah tidak dapat dipenuhi.

Pembayaran balik yang perlu dilakukan kepada pelanggan kerana terdapat ralat dari pihak Toko Ideaktiv akan dilakukan dalam masa 30 hari waktu bekerja setelah aduan mengenai ralat tersebut diterima pihak Toko Ideaktiv dan pelanggan telah memberi maklumat yang berkenaan. Aduan boleh dilakukan dengan menghubungi pihak Khidmat Pelanggan kami di talian +603-5101 7388 (ext. 3726) atau melalui e-mel di bantuantoko@ideaktiv.com

3. Apakah polisi penggantian anda?

Sekiranya terdapat kerosakan barang atau kesalahan barang yang dibeli melalui Toko Ideaktiv, pihak Toko Ideaktiv akan menggantikan item tersebut dengan barang baru. Sekirannya tiada stok untuk item tersebut, Toko Ideaktiv akan menggantikan dengan item lain yang bernilai sama dengan item tersebut. Item yang rosak tersebut perlu dipulangkan kepada pihak Toko Ideaktiv. Penggantian barang tersebut akan dilakukan dalam masa 30 hari setelah pemulangan barang yang rosak dan laporan mengenai kerosakan tersebut diterima pihak Toko Ideaktiv. Aduan kerosakan dan pemulangan barang rosak perlu dilakukan dalam masa 7 hari setelah menerima item yang dibeli. Sila isi borang pemulangan yang boleh didapati di sini

4. Bagaimana saya boleh hubungi pihak Kedai Ideaktiv untuk tujuan bayaran balik atau penggantian?

Boleh hubungi talian WhatsApp kami, atau e-mel kepada kami untuk urusan bayaran balik dan penggantian, atau juga untuk sebarang pertanyaan:

Tel                               : +603-5101 7388 (ext. 3726)

E-mel                         : bantuantoko@ideaktiv.com

Alamat                      : Lot 2, Jalan Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor,  Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.