Terma Pengguna

Terma Penggunaan

Pengguna

Terbuka kepada semua pengguna yang ingin melakukan transaksi pembelian apa – apa bahan jualan di bawah pengurusan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dan mana – mana harta intelek (intellectual properties) di bawah Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. melalui Toko Ideaktiv. 

Pembayaran

Pembayaran diuruskan oleh rakan niaga kami, Razerpay. Anda boleh memilih pembayaran menerusi laman web bank secara atas talian seperti yang disenaraikan, seperti FPX, kad kredit, kad debit, PayPal, GrabPay, Boost dan Touch ‘n Go eWallet.

Anda juga boleh memilih pembayaran melalui Mesin CDM (Cash Deposit Machine) atau Mesin ATM (Automated Teller Machine). Resit penghantaran duit MESTI dimuat naik di Toko Ideaktiv supaya pembelian dianggap sah oleh pihak Toko Ideaktiv. Sila muat naik resit di sini https://toko.ideaktiv.com/muat-naik-resit/. Jumlah pembayaran melalui CDM atau ATM perlu dilakukan betul-betul tepat dengan harga yang tertera. Pihak Toko Ideaktiv tidak bertanggungjawab untuk memulangkan baki pembayaran yang tidak tepat.

Pembayaran Balik (Refund)

Semua pembayaran/pembelian adalah dianggap MUKTAMAD.  Permintaan pembayaran balik (refund) atas sebab menukar keputusan, tidak dapat hadir, telah melepasi tempoh penggunaan, tidak menepati jangkaan, barang rosak atau barang salah tidak dapat dipenuhi.

Pembayaran balik yang perlu dilakukan kepada pelanggan kerana terdapat ralat dari pihak Toko Ideaktiv akan dilakukan dalam masa 30 hari waktu bekerja setelah aduan mengenai ralat tersebut diterima pihak Toko Ideaktiv dan pelanggan telah memberi maklumat yang berkenaan. Aduan boleh dilakukan dengan menghubungi pihak Khidmat Pelanggan kami di talian +603-5101 7388 (ext. 3726) atau melalui e-mel di bantuantoko@ideaktiv.com

Penggantian

Sekiranya terdapat kerosakan barang atau kesalahan barang yang dibeli melalui Toko Ideaktiv, pihak Toko Ideaktiv akan menggantikan item tersebut dengan barang baru. Sekirannya tiada stok untuk item tersebut, Toko Ideaktiv akan menggantikan dengan item lain yang bernilai sama dengan item tersebut. Item yang rosak tersebut perlu dipulangkan kepada pihak Toko Ideaktiv. Penggantian barang tersebut akan dilakukan dalam masa 30 hari setelah pemulangan barang yang rosak dan laporan mengenai kerosakan tersebut diterima pihak Toko Ideaktiv. Aduan kerosakan dan pemulangan barang rosak perlu dilakukan dalam masa 7 hari setelah menerima item yang dibeli. Sila isi borang pemulangan yang boleh didapati di sini. Kos penghantaran barang yang dipulangkan akan ditanggung oleh pihak Toko Ideaktiv di mana Rakan Penghantaran Toko Ideaktiv akan mengambil barang yang ingin dipulang dari pelanggan di alamat yang telah diberi pelanggan. 

Hubungi Kami

Telefon: +603-5101 7388 (ext. 3726)
E-mel: bantuantoko@ideaktiv.com
Alamat: Lot 2, Jalan Renggam 15/5,
Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.