PERTANDINGAN BERCERITA KANAK – KANAK

RM10.00

Anak-anak asyik bercerita tapi tidak tahu dekat mana nak luahkan penghayatan bercerita? boleh sertai Pertandingan Bercerita Kanak-kanak yang dianjurkan oleh Keluarga. Yuran penyertaan hanya RM 10.00. Sertai Sekarang!

Kehabisan stok

SKU: KPCPBKK2021 Kategori , Tag: , , Anjuran:

Syarat Penyertaan

  1. Penyertaan terbuka kepada pelajar tahap 1 (berumur 7 hingga 9 tahun).
  2. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM10.
  3. Tema cerita adalah Kisah & Tauladan.
  4. Cerita hendaklah disampaikan dalam Bahasa Malaysia.
  5. Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, perkauman dan agama.
  6. Setiap peserta diberikan masa bercerita antara 5-7 minit.
  7. Peserta boleh memakai kostum yang bersesuaian dan menggunakan props. Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita adalah tidak dibenarkan.
  8. Rakaman video dan teks hendaklah disertakan dalam borang penyertaan.
  9. Tarikh penyertaan 5  Mac– 5 April 2021.
  10. Semua peserta layak menerima e-sijil penyertaan.
  11. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.

 

Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut;

  • Isi cerita – 25%
  • Penghayatan cerita – 25%
  • Bahasa dan Pertuturan – 25%
  • Teknik persembahan – 15%
  • Kostum dan props – 10%

 

Hadiah

  • Johan – Wang tunai RM250 + e-sijil pemenang
  • Naib Johan – Wang tunai RM150 + e-sijil pemenang
  • Tempat Ketiga – Wang tunai RM100 + e-sijil pemenang
  • 10 hadiah saguhati

 

Link untuk muat naik penyertaan: 

http://toko.ideaktiv.com/muat-naik-video-dan-teks-bercerita/

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “PERTANDINGAN BERCERITA KANAK – KANAK”
Review now to get coupon!

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Soalan dan jawapan pelanggan