Syarat Penyertaan
- Penyertaan terbuka kepada pelajar tahap 1 (berumur 7 hingga 9 tahun).
- Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM10.
- Tema cerita adalah Kisah & Tauladan.
- Cerita hendaklah disampaikan dalam Bahasa Malaysia.
- Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, perkauman dan agama.
- Setiap peserta diberikan masa bercerita antara 5-7 minit.
- Peserta boleh memakai kostum yang bersesuaian dan menggunakan props. Muzik dan kesan bunyi semasa bercerita adalah tidak dibenarkan.
- Rakaman video dan teks hendaklah disertakan dalam borang penyertaan.
- Tarikh penyertaan 5 Mac– 5 April 2021.
- Semua peserta layak menerima e-sijil penyertaan.
- Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.
Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut;
- Isi cerita – 25%
- Penghayatan cerita – 25%
- Bahasa dan Pertuturan – 25%
- Teknik persembahan – 15%
- Kostum dan props – 10%
Hadiah
- Johan – Wang tunai RM250 + e-sijil pemenang
- Naib Johan – Wang tunai RM150 + e-sijil pemenang
- Tempat Ketiga – Wang tunai RM100 + e-sijil pemenang
- 10 hadiah saguhati
Reviews
There are no reviews yet.