Keterangan
- Penyertaan terbuka kepada pelajar Tahap 1 (berumur 7 hingga 9 tahun).
- Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM10.
- Peserta diminta mewarnakan lakaran yang disediakan oleh pihak Keluarga. Hanya lakaran yang disediakan sahaja akan dinilai.
- Peserta hendaklah memuat turun lukisan tersebut bersaiz A4 dan mewarnakannya. Penggunaan pensel warna sahaja dibenarkan.
- Ahli keluarga/penjaga/guru-guru tidak dibenarkan membantu peserta. Penyertaan akan dianggap BATAL sekiranya didapati berbuat demikian.
- Peserta diminta untuk mengimbas (scan) atau mengambil gambar (snap) hasil karya dan kemukakan semasa mengisi borang penyertaan yang telah disediakan.
- Hasil lukisan adalah menjadi hak milik penganjur. Keputusan juri/hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.
- Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat ditetapkan.
- Tarikh tutup penyertaan pada 15 September 2021.
Kriteria Pemarkahan adalah seperti berikut;
- Lukisan diwarnakan sepenuhnya (siap dan lengkap).
- Warna logo dan bendera (sekiranya ada) hendaklah betul dan tepat.
- Peserta boleh mewarna dan mengolah lakaran mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.
- Warna hendaklah terang. jelas dan bersih.
Hadiah
- Johan – Wang Tunai RM250 + e-sijil pemenang
- Naib Johan – Wang Tunai RM150 + e-sijil pemenang
- Tempat Ketiga – Wang tunai RM100 + e-sijil pemenang
CARA UNTUK MUAT TURUN LAKARAN:
- Lakaran boleh diperolehi selepas membuat bayaran.
- Lakaran boleh didapati pada tab Akaun Saya > Muat turun, Rujukan gambar rajah di bawah:
Link untuk muat naik penyertaan
https://toko.ideaktiv.com/butiran-muat-naik-pertandingan-mewarna-merdeka-2021/
MOHD HAIRUL HAFIZI YAAKOB (verified owner) –
Terbaik.. teruskan lagi usaha mengadakan pertandingan-pertandingan sempena norma baharu yang sedang kita jalani sekarang.. anak-anak ada jugak aktiviti berfaedah yg boleh dibuat