Bersempena sambutan Bulan Kemerdekaan, ayuh tunjukkan semangat patriotisme anak-anak anda mengikut cara mereka sendiri dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia anjuran Keluarga. Hadiah wang tunai RM500 berserta hamper & E-Sijil untuk pemenang utama. Jadi usah tunggu lagi, segera mendaftar dengan yuran penyertaan RM10 sahaja.
SYARAT PENYERTAAN :
- Terbuka kepada kanak-kanak berusia 4-6 tahun untuk kategori A dan 7-9 tahun untuk kategori B
- Setiap peserta perlu sertakan video, gambar atau teks menggunakan Bahasa Kebangsaan mengikut kreativiti berdasarkan tema “Saya Bangga Menjadi Anak Malaysia”.
- Peserta boleh memakai kostum yang bersesuaian dan menggunakan props.
- Rakaman video, gambat atau teks tersebut hendaklah disertakan dalam borang penyertaan.
- Semua peserta layak menerima e-sijil penyertaan.
- Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.
Selesai Pembelian, sila layari pautan ini untuk mengisi borang:
https://toko.ideaktiv.com/borang-virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/
TARIKH TUTUP PENYERTAAN :
15 Ogos 2021
MAKLUMAT TAMBAHAN
- SARINGAN :
- Peringkat pertama : Peserta hanya perlu hantar penyertaan mengikut kreativiti anda berdasarkan tema “Saya Bangga Menjadi Anak Malaysia”.
- Peringkat kedua : Peserta yang layak akan diinterview secara LIVE di platform Teams dengan diajukan beberapa soalan mudah sebelum perlu menunjukkan bakat bagi meluahkan rasa bangga menjadi anak Malaysia dengan gaya tersendiri.
- Peringkat ketiga : Peserta yang berjaya akan berentap di pusingan akhir yang akan diadakan ketika acara Keluargagader akan datang.
Reviews
There are no reviews yet.